05 Maret 2013
Sunnah menyapu muka setelah shalat,dan Mengangkat Tangan dalam berdoa
Mengenai amalan setelah shalat (setelah mengucapkan salam berarti shalat sudah selesai) diantaranya yang menjadi amalan umat muslim ialah sunah menyapu muka, mengenai hal akan saya jelaskan sebagai berikut :
Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni, yang menyebut dalam
kitabnya “Munyatul Musholli” halaman 18, antara lain:-
…Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian
daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w. apabila selesai daripada
sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: “Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia
yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala
kebingungan (stress) dan kedukaan.”
( بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن
الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن
)
Alangkah indahnya amalan ini, di mana kita memohon kepada
Allah agar segala yang merunsingkan kita, yang membingungkan kita, yang
menggundahkan hati sanubari kita, yang bikin kita stress, yang membuat kita
berdukacita, sama ada ianya kedukaan dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti,
biarlah dihilangkan oleh Allah s.w.t. segala kerunsingan dan kedukaan tersebut
daripada kita. Amalan ini bukanlah memandai para ulama membuatnya tetapi ada
sandarannya daripada hadits Junjungan Nabi s.a.w., dan jika pun hadits – hadits
ini tidak shohih (yakni dhoif) maka kaedah yang digunapakai oleh ulama kita
ialah hadits dhoif itu adalah hujjah untuk fadhoilul a’maal. Antara
haditsnya ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibnus Sunni, al-Bazzar dan Ibnu
‘Adi. Di sini aku nukilkan riwayat Ibnus Sunni dalam “‘Amalul Yawm wal
Lailah” halaman 35, yang meriwayatkan bahawa Sayyidina Anas bin Malik
r.a. berkata:-
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم
إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى
ثم قال: أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم،
اللهم أذهب عني الهم و الحزن
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم
إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى
ثم قال: أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم،
اللهم أذهب عني الهم و الحزن
Adalah Junjungan Rasulullah s.a.w. apabila selesai daripada
sholat, baginda menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan: “Aku naik saksi bahawasanya
tiada tuhan yang disembah selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya
Allah, hilangkanlah daripadaku segala kegundahan dan kedukaan.”
Dalam “Bughyatul Mustarsyidin“, kitab masyhur
himpunan Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi,
Mufti negeri-negeri Hadhramaut, pada halaman 49 dinyatakan:
(Faedah) Ibnu Manshur telah meriwayatkan
bahawasanya adalah Junjungan Nabi s.a.w. apabila selesai sholatnya, baginda
menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian melalukannya ke wajah
baginda sehingga sampai ke janggut baginda yang mulia, sambil membaca:
بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن
الرحيم
اللهم أذهب عني الهم و الحزن و الغم
اللهم بحمدك انصرفت و بذنبي اعترفت
أعوذ بك من شر ما اقترفت
و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا و عذاب الآخرة
اللهم أذهب عني الهم و الحزن و الغم
اللهم بحمدك انصرفت و بذنبي اعترفت
أعوذ بك من شر ما اقترفت
و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا و عذاب الآخرة
“Dengan nama Allah yang tiada tuhan selainNya,
yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya
Allah, hilangkanlah daripadaku segala kegundahan, kesedihan dan kekesalan. Ya
Allah, dengan pujianMu aku berpaling dan dengan dosaku aku mengaku. Aku
berlindung denganMu dari kejahatan apa yang aku lakukan dan aku berlindung
denganMu dari kepayahan bala` dunia dan azab akhirat.“
Begitulah, wahai ikhwah sandaran kita untuk beramal dengan
menyapu muka selepas salam sholat. Oleh itu jangan mudah gusar melihat yang
melakukannya. Kalau mereka tidak suka, maka bagi kita amalan kita dan bagi mereka
amalan mereka.
1. Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika mengangkat kedua tangannya untuk berdo’a,
tidaklah menurunkannya kecuali beliau mengusapkannya terlebih dahulu ke
mukanya.Diriwayatkan oleh At Tirmidzi (2/244), Ibnu ‘Asakir (7/12/2).
2. ‘Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdo’a
dan mengangkat kedua tangannya, maka beliau mengusap wajahnya dengannya”.
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Ibnu Lahi’ah dari Hafsh bin Hisyam bin
‘Utbah bin Abi Waqqash dari Sa’ib bin Yazid dari ayahnya.
3. ”Jika kamu berdo’a kepada Allah,kemudian angkatlah kedua
tanganmu (dengan telapak tangan diatas), dan jangan membaliknya,dan jika sudah
selesai (berdo’a) usapkan (telapak tangan) kepada muka”. Diriwayatkan oleh Ibnu
Majah , Ibnu Nashr dalam Qiyaamul-Lail (m/s. 137),Ath Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Kabir (3/98/1) &
Hakim (1/536), dari Shalih ibn Hassan dari Muhammad ibn Ka’b dari Ibnu ‘Abbas
radiallaahu ‘anhu (marfu’)
4. Hadits dari Ibnu Abbas diatas juga diriwayatkan oleh Abu
Dawud (1485), dan Bayhaqi (2/212), melalui jalur ‘Abdul Malik ibn Muhammad ibn
Aiman dari ‘Abdullah ibn Ya’qub ibn Ishaq dari seseorang yang meriwayatkan
kepadanya dari Muhammad ibn Ka’b, dengan matan sebagai berikut :
”Mintalah kepada Allah dengan (mengangkat) kedua telapak
tanganmu,dan minta pada-Nya dengan membaliknya, dan jika kau selesai, maka
usaplah mukamu dengannya”.
5. Menerima
pakai hadis Dhoif dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemar
dan menakutkan (Fadhilah), dalam soal adab, sejarah, ketatasusilaan,
kisah tauladan, manaqib (biodata seseorang), sejarah
peperangan, dan seumpamanya adalah diHaruskan (dibolehkan). Perkara
ini telah disepakati (Ijmak) oleh para ulamak seperti yang dinukilkan oleh Imam
al-Nawawi, Ibn Abdul Barr dan selain mereka. Malah Imam al-Nawawi menukilkan
pandangan ulamak bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadis
Dhoif. Semua Mursal yang berada didalam
al-Muwata telah diwasalkan oleh Imam-imam hadis dalam karangan-karangan mereka
dari thuruq yang lain dan hadis dhoif dalam musnad Ahmad (Imam Hambali) adalah
hasan.
6. Abu
al-Syeikh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Nawa’ib meriwayatkan secara
Marfu’ hadis Jabir r.a yang
menyebutkan:
(( من بلغه عن
اللّه عز وجل شيء فيه فضيلة , فأخذ به ايمانا به , ورجاء لثوابه ,
أعطاه اللّه ذلك , وان لم يكن كذلك
)).
“Barang siapa yang
sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat, lalu
dia beramal dengannya kerana percaya terhadapnya dan mengharapkan ganjaran
pahalanya maka Allah memberikan yang demikian itu, sekalipun sebenarnya bukan
begitu”.4
Hadis ini merupakan punca asas yang besar dalam
membincangkan hukum-hukum berkaitan hadis Dhoif, kerana tidak mungkin sabdaan
ini terbit daripada fikiran semata-mata tanpa Masmu’ (didengari dari Nabi
s.a.w), bahkan ia sebenarnya merupakan dalil bahwa bagi hadis-hadis Dhoif
mempunyai asal dan tanda pengesahan makbul (diterima).
Sesungguhnya para Ulama menukilkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal bahawa dalam soal hukum-hakam, beliau berpegang dengan hadis yang Dhoif (jika ditampung keDhoifan tersebut dengan kemasyhuran hadis terbabit). Beliau juga mengutamakan hadis Dhoif dari pandangan akal. Beliau mengambil hadis-hadis Dhoif pada perkara-perkara halus (seperti akhlak) dan fadhoil. Seperti itu juga Ibnu Mubarak, al-Anbari, Sufiyan al-Thawri dan di kalangan pemuka-pemuka umat r.ahum.
Rujukan :
AL Majmu’ Juz 4
hal 81
Atahdzir wattanwir Juz 11 hal 318
Al Mughniy Juz 1 hal 278
Bughyatul Mustarsyidin“,
kitab masyhur himpunan Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar
Ba ‘Alawi, Mufti negeri-negeri Hadhramaut (yaman) , halaman 49.
Fathul Mu’in
Fathul Bari
Fathul Baari Imam Ibn Rajab Kitabusshalat Juz 7 hal 178 dan
hal 201
Ibbanatul
Ahkam: Imam Alwi bin Abbas al maliki
Jawaban Habib Munzir Almusawa tentang Fiqh Shalat
Munyatul Musholli,
halaman 18, Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni
Mukhtasar Harari, 17 rukun shalat, hal 17
Shahih muslim
Shahih Bukhari
Sunan Imam
Baihaqi Alkubra Juz 2 hal 211 Bab Raf’ul yadayn filqunut
Sunan Imam
Baihaqi ALkubra Juz 3 hal 41
Syarh Nawawi Ala shahih Muslim Bab Dzikr Nida Juz 3 hal 324,
dan banyak lagi
Syarah Shahih Bukhari li Ibn Batthal Juz 3 hal 424
Syarah Safinatunnajah
Langganan:
Postingan (Atom)
Translate
Paling Banyak Dibaca
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً...
-
Dalil-dalil mereka yang melarang dzikir secara jahar Mari kita baca lagi perincian berdzikir dengan jahar yang lebih jelas menurut pendapat...
-
ANJURAN UNTUK TAHLILAN DAN ZIARAH KUBUR. TAK ADA LARANGAN! Sebenarnya permasalahan ini merupakan permasalahan yang cukup usang ...
-
Keharusan Bermadzab dan mengenal sanad 4 Imam Mujtahid/Madzab Keharusan Ber-Madzhab P...
-
Amalan Nisfu sya’ban dan bulan rajab, ibnu taymiyah buat IBNU TAIMIYAH MENGALAKKAN KITA MENGHIDUPKAN NISFU SYA’BAN DENGAN AMALAN YANG KHUSU...
-
Ibnu Katsir kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah “Riwayat Shahih Tawasul Sahabat dengan nabi setelah wafat Nabi” Tawassul telah terbukti bahwa ter...
-
Arti Shalawat SHALAWAT bentuk jamak dari kata salla atau salat yang berarti: doa, keberkahan, kemuliaan, kesejahteraan, dan ibadah. SHALAWA...
-
(Kitab Fathul bari )Kaidah Fiqh Islam : “Asal Ibadah adalah Tauqif” Bukan “haram” ...
-
Banyak orang salah mengartikan makna beberapa hadits atau ayat ilahi berikut ini, dengan adanya salah penafsiran tersebut mereka mudah meng...
-
S halat Tarawih Sebagian ulama ada yang berpendapat shalat Tarawih delapan rakaat lebih afdhal . Bahkan ada yang ekstrim, yaitu sebagi...
Arsip Blog
-
▼
13
(20)
- ► Jun 2 - Jun 9 (1)
- ► Mar 10 - Mar 17 (1)
- ► Feb 24 - Mar 3 (5)
- ► Feb 17 - Feb 24 (1)
- ► Feb 10 - Feb 17 (2)
- ► Feb 3 - Feb 10 (6)
- ► Jan 27 - Feb 3 (3)
Diberdayakan oleh Blogger.